SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Selasa, 29 Mac 2011

Masyarakat Zaman Paleolitik, Neolitik dan Logam

Soalan Latihan Struktur



1- Senaraikan tiga cara masyarakat Zaman Paleolitik menyara kehidupan mereka. [3m]
F1 memungut hasil hutan
F2 berburu binatang
F3 menangkap ikan

2- Nyatakan empat kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Zaman Neolitik. [4m]
F1 tinggal menetap dalam kelompok yang besar
F2 mula bercucuk tanam dan menternak binatang
F3 alatan batu lebih licin dan mempunyai pelbagai fungsi
F4 tahu membuat tembikar
F5 wujud pengkhususan kerja
F6 mampu menghasilkan lebihan makanan dan melahirkan sistem barter
[mana-mana 4 x 1m = 4m]

3- Berikan tiga ciri masyarakat Zaman Logam. [3m]
F1 mampu menghasilkan bahan daripada logam
F2 mampu mencipta perahu dan rumah
F3 dengan perahu, mampu meneroka lautan
F4 meningkatkan kegiatan perdagangan maritim
F5 muncul petempatan besar dan kota pertahanan
[mana-mana 3 x 1m = 3m]

Tiada ulasan: