SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Rabu, 16 Mac 2011

Nasionalisme di Asia Tenggara

Soalan Topikal, Bab 1 Tingkatan 5

(a) Huraikan dengan ringkas faktor-faktor kemunculan nasionalisme berikut di Asia Tenggara.
(i) Pengaruh media massa [4m]
F1 menyemarakkan semangat nasionalisme
H1a akhbar
H2a majalah

F2 berupaya menyebarkan idea-idea nasionalisme
F3 menanam perasaan anti penjajah kepada rakyat jelata

F4 akhbar yang utama
C4a Al-Ikhwan
C4b Saudara
C4c Warta Malaya
C4d Majlis

F5 pihak penjajah menganggap perkembangan ini sebagai ancaman terhadap kepentingan politik mereka di tanah jajahan
H5a bertentangan dengan kebebasan akhbar yang diamalkan oleh mereka di negara mereka sendiri
[mana-mana 4 x 1m = 4m]

(ii) Karya kesuasteraan [6m]
F1 berperanan dalam memangkitkan nasionalisme di Asia Tenggara

F2 merupakan media untuk menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah
H2a membangkitkan kesedaran bangsa dan kecintaan terhadap tanah air

F3 di Filipina, novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal menctuskan gerakan nasionalisme
H3a menjadi inspirasi terhadap gerakan nasionalisme di rantau Asia Tenggara

F4 di Indonesia, cerpen karya Chairil Anuar begitu terpengaruh
H4a cerpen Kerikil-Kerikil Tajam
H4b Ke Makam Bonda

F5 di Tanah Melayu, karya Pak Sako adalah antara pluhan novel yang terkenal
H5a Putera Gunung Tahan
[mana-mana 6 x 1m = 6m]

(b) Jelaskan perkembangan nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara. [3m]
F1 merupakan gerakan nasionalisme yang lebih radikal dan berorganisasi

F2 perubahan adalah disebabkan gerakan nasionalisme tahap pertama
H2a lebih sederhana
H2b tahap pertama gagal

F3 dipimpin oleh golongan yang berpendidikan serta berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat
H3a mereka mudah menyedari perubahan yang diperkenalkan oleh penjajah serta kesannya terhadap bangsa dan negara mereka

F4 matlamat perjuangan mereka lebih jelas
H4a menuntut kemerdekaan dan seterusnya membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat
[mana-mana 3 x 1m = 3m]

(c) Dari pengetahuan sejarah anda, huraikan perkembangan nasionalisme yang berlaku di Indonesia. [7m]
F1 tahap pertama memberikan sepenuh tumpuan terhadap isu-isu pendidikan.

F2 hanya pendidikan yang akan mengubah nasib rakyat Indonesia
H2a Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita

F3 karya Raden Adjeng Kartini telah mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia
H3a penindasan oleh penjajah Belanda
H3b karyanya Habis Gelap Terbitlah Terang
H3c juga karya Penulisan Seorang Puteri Jawa

F4 Muhammadiyah merupakan pertubuhan yang terpenting bagi tahap pertama
H4a matlamatnya adalah untuk menyebarkan Islam yang sebenar dan menghindari ancaman sekularisme Barat
H4b serta agama Kristain
H4c banyak membina sekolah, klinik dan masjid

F5 tahap kedua gerakan nasinonalisme lebih radikal
H5a Sarekat Islam (SI)
H5b Parti Komunis Indonesia (PKI)
H5c Parti Nasinal Indonesia (PNI)

F6 parti-parti politik lantang menuntut kemerdekaan Indonesia sekalipun dengan cara kekerasan

F7 PNI di bawah pimpinan Soekarno begitu popular
H7a perjuangannya dapat mempengaruhi rakyat Indonesia
H7b Belanda yang semakin terdesak telah bertindak balas dengan menangkap pemimpin yang radikal termasuklah Soekarno dan mengharamkan PNI
[mana-mana 7 x 1m = 7m]

Tiada ulasan: