SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Selasa, 29 Mac 2011

Pendidikan di Athens, Sparta, Rom dan China

Soalan Latihan Struktur

1- Mengapakah masyarakat Athens memberi tumpuan kepada bidang pendidikan ? [2m]
F1 melahirkan manusia yang seimbang dari aspek rohani dan jasmani
F2 melahirkan manusia cemerlang yang dapat memenuhi tuntutan mental dan fizikal
F3 menganggap hanya manusia cemerlang dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan kehidupan manusia
[mana-mana 2 x 1m = 2m]

2- Nyatakan bentuk pendidikan yang terdapat di negara kota Sparta. [2m]
F1 melahirkan tentera yang gagah dan setia kepada negara kota
F2 mementingkan latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata

3- Apakah ciri-ciri pendidikan dalam tamadun Rom ? [3m]
F1 tumpuan kepada aplikasi ilmu yang praktikal untuk membina kemudahan awam yang bermanfaat kepada rakyatnya
F2 pendidikan turut mementingkan semangat setia kepada Rom
F3 pada peringkat awal, banyak menyerap unsur dari tamadun Yunani
F4 melahirkan jurutera, ahli falsafah dan sejarawan
[mana-mana 3 x 1m = 3m]

4- Nyatakan tiga tahap peperiksaan awam dalam tamadun China. [3m]
F1 tahap pertama atau Hsiu Tai (Ijazah Pertama)
F2 tahap kedua atau Chun-Jen (Ijazah Sarjana)
F3 tahap ketiga atau Chin Shih (Doktor Falsafah)


Tiada ulasan: