SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Selasa, 15 Mac 2011

Sistem Birokrasi Barat di Asia Tenggara

Soalan Topikal Bab 1, Tingkatan 5

Sistem birokrasi Barat telah diperkenalkan untuk menggantikan sistem pemerintahan beraja apabila kuasa-kuasa Barat menguasai Asia Tenggara.

(a) Terangkan ciri-ciri umum sistem birokrasi Barat tersebut. [4m]
F1 penubuhan kerajaan pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan
F2 pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan
F3 pelaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan)
F4 pelantikan pegawai Barat sebagai ketua Biro
F5 pengenalan undang-undang Barat
[mana-mana 4 x 1m = 4m]

(b) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah perubahan yang diperkenalkan oleh British dalam sistem pemerintahan Burma ? [6m]
F1 Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi di Burma
F2 pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887
F3 pengenalan Akta Perkampungan Burma 1889
F4 pentadbiran daerah diambil alih oleh Myo-ok (pegawai bandaran)

F5 sistem undang-undang Barat diperkenalkan
H5a fungsi raja sebagai penaung sami Buddha telah diambil alih

F6 Majlis Perundangan telah diperkenalkan

F7 beberapa jabatan telah ditubuhkan
H7a Jabatan Perhutanan
H7b Jabatan Kesihatan
H7c Jabatan Pelajaran
[mana-mana 6 x 1m = 6m]

(c) Huraikan perubahan sistem politik di Tanah Melayu setelah dikuasai oleh kuasa-kuasa Barat. [10m]
F1 Melaka, Pulau Pinang dan Singapura digabungkan menjadi NNS
H1a Gabenor merupakan pemerintah tertinggi NNS
H1b Gabenor dibantu oleh Residen Kaunselor
H1c pentadbiran peringkat kampung oleh penghulu dikekalkan

F2 di NNMB, British memperkenalkan Sistem Residen
F3 di NNMTB, British memperkenalkan Sistem Penasihat

F4 Residen dan Penasihat British diletakkan di bawah Gabenor NNS
H4a tugas utama Residen dan Penasihat British adalah menasihati sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu

F5 British telah memperkenalkan pelbagai perubahan
H5a sistem kehakiman Barat
H5b pelaksanaan sistem pengutipan cukai
H5c pembahagian negeri kepada beberapa daerah
H5d penubuhan balai polis
[mana-mana 10 x 1m = 10m]

Tiada ulasan: