SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Khamis, 14 April 2011

Kerajaan Awal Di Asia Tenggara


Latihan Soalan Struktur.

1- Apakah bukti yang menunjukkan kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara ?
F1 sumber dari China
F2 kewujudan Funan pada pertengahan abad ketiga masihi
F3 data arkeologi tentang kewujudan Funan
F4 kewujudan hubungan diplomatik dengan China dan kebudayaan dengan India
F5 hubungan perdagangan dengan Rom

2- Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan agraria ?
F1 kerajaan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai

3- Jelaskan ciri-ciri kerajaan agraria.
F1 kerajaan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai
F2 tanaman utama padi sawah
F3 lokasi di lembah sungai dan kawasan pedalaman
F4 maju dalam sistem pengairan
F5 lebihan hasil dibekalkan kepada kerajaan maritim
F6 mahir membina sistem pengairan

Tiada ulasan: