SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Selasa, 19 April 2011

Kerajaan Srivijaya

Peta menunjukkan kekuasaan pengaruh Kerajaan Srivijaya (kawasan berwarna kelabu).


1- Huraikan faktor-faktor kerajaan Srivijaya menjadi kuasa maritim yang kuat pada abad ke-7 hingga abad ke-13.
F1 memiliki tentera laut yang besar
F2 mengawal perdagangan di Selat Melaka/mengawal keselamatan kerajaan
F3 mempunyai pelabuhan yang baik
F4 kedudukan yang strategik
F5 mempunyai kemudahan di pelabuhan
F6 menjadi tempat persinggahan kapal berdagang di antara China dan India
F7 mampu menghasilkan kapal yang besar

2- Huraikan sistem pentadbiran kerajaan Srivijaya.
F1 mengamalkan sistem beraja mengikut agama Buddha Mahayana
F2 terdapat pentadbiran pusat dan daerah
F3 di peringkat pusat raja dibantu oleh empat kumpulan anak raja
F4 hanya putera sulung menjadi penganti raja
F5 di bawah anak raja terdapat Senapati
F6 Senapati dibantu oleh pegawai lain seperti hakim dan Temenggung
F7 daerah pula ditadbir oleh Datu
F8 wujud amalan taat setia
F9 Datu yang dilantik hendaklah mengikut upacara angkat sumpah
F10 dilaksanakan d sebuah tempat suci bernama Telaga Batu di Palembang
F11 Datu akan meminum air yang disiram pada batu
F12 upacara diketuai oleh Brahmin

Tiada ulasan: