SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Khamis, 7 April 2011

Tamadun Awal - Ciri, Amalan Pengkhususan Kerja dan Kepentingan Tulisan

Latihan Soalan Struktur

1- Nyatakan dua ciri utama petempatan kekal dalam tamadun awal. [2m]
F1 membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik
F2 membolehkan wujud inovasi
F3 kemajuan bidang pertanian dari segi penanaman dan penyimpanan makanan
F4 menjalankan penternakan binatang
F5 memastikan kelangsungan bekalan makanan secara berterusan
F6 penciptaan alatan baru seperti cangkul
F7 penggunaan teknologi seperti pengairan yang baik
F8 mewujudkan lebihan pengeluaran
F9 mampu menampung keperluan makanan penduduk
F10 penduduk bertambah
[mana-mana 2]

2- Apakah kesan amalan pengkhususan pekerjaan dalam tamadun awal. [3m]
F1 meningkatkan produktiviti manusia
F2 menghasilkan kemakmuran dan kestabilan politik
F3 peningkatan dan perkembangan ekonomi
F4 barangan atau produk tertentu dihasilkan melalui kepakaran dalam kumpulan tertentu
F5 menghasilkan sistem pertukaran barangan/barter
F6 sistem barter adalah titik permulaan bagi aktiviti perdagangan
F7 berlakunya pertukaran ilmu pengetahuan
F8 berlakunya pertukaran teknologi
F9 berlakunya pertukaran budaya
F10 berlakunya kedinamikan aktiviti ekonomi
F11 berlakunya hubungan dengan tamadun luar
[mana-mana 3]


3- Pada pendapat anda, apakah kepentingan tulisan dalam masyarakat pada hari ini. [3m]
F1 menyimpan rekod
F2 menulis undang-undang
F3 menulis hal-hal agama
F4 menyebarkan ilmu
F5 memudahkan perhubungan/komunikasi
F6 mencatat idea/pemikiran bangsa
[mana-mana 3]

Tiada ulasan: