SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Isnin, 30 Mei 2011

Tamadun India

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011, Tingkatan 4, Terengganu

1-Namakan dua bentuk kerajaan dalam tamadun India pada tahap awal pembentukkannya.
F1 kerajaan kecil/Janapada
F2 kerajaan besar/Mahajanapada

2-Nyatakan kedudukan raja dalam tamadun India.
F1 berkuasa mutlak
F2 kedudukannya diperkukuhkan dengan upacara ritual
F3 raja adalah suci
F4 raja harus dihomati
F5 penasihat raja adalah golongan Brahmin

3-Nyatakan dua cara Chandragupta Maurya membentuk empayar Maurya ?
F1 menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India
F2 mengubah status raja kepada maharaja
F3 perluasan kuasa/menguasai seluruh India Utara/menaluki Punjap/menewaskan Seleceus
F4 mempunyai pasukan tentera yang besar
F5 mempunyai 600 gajah/1,000 orang tentera berkuda/10,000 orang infantri


4-Apakah cara Asoka menjalankan penalukan selepas Perang Kalinga ?
F1 menekankan kedamaian
F2 menekankan kemajuan sosial
F3 menyebarkan agama Buddha
F4 tidak melibatkan ketenteraan
F5 membentuk birokrasi pentadbiran

5-Pada pendapat anda, bagaimanakah kemerdekaan sesebuah negara dapat dikekalkan ?
F1 mempunyai pemimpin yang berwibawa
F2 perkuatkan angkatan tentera
F3 mengadakan hubungan diplomatik dengan semua negara
F4 kukuhkan perpaduan kaum
F5 rakyat mesti patriotik
F6 keadilan/keamanan/keharmonian diutamakan

Tiada ulasan: