SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Ahad, 26 Jun 2011

Kerajaan Bani Umaiyah

Masjid Cardova.

Siapakah pengasas kerajaan Bani Umaiyah tahap pertama ?
F1 Muawiyah bin Abu Sufyan

Di manakah pusat pemerintahan kerajaan Umaiyah tahap pertama ?
F1 berpusat di Damsyik

Siapakah pengasas kerajaan Bani Umaiyah tahap kedua ?Tebal
F1 Abdul Rahman al-Dakhil atau Abdul Rahman I

Di manakah pusat pemerintahan kerajaan Umaiyah tahap kedua ?
F1 berpusat di Cordova
F2 ibu kotanya ialah Andalusia

Senaraikan dua sumbangan pemerintahan kerajaan Umaiyah dalam bidang politik.
F1 sistem khalifah
F2 sistem Wazarah
F3 sistem urusetia
F4 sistem Hijabah
F5 penubuhan empat buah jabatan
F6 memperkemaskan sistem ketenteraan


Isnin, 6 Jun 2011

Sistem Tulisan Dalam Tamadun Awal

1-Dengan mengambil contoh daripada tamadun awal dunia, nyatakan jenis sistem tulisan yang telah dicipta. [4M]
F1 tulisan cuneiform – tamadun Mesopotamia
F2 tulisan hieroglif – tamadun Mesir Purba
F3 tulisan piktograf – tamadun Indus
F4 tulisan ideogram – tamadun Hwang Ho

Tulisan dalam tamadun Mesir Purba.

2-Nyatakan sumbangan sistem tulisan dalam masyarakat Mesopotamia. [6M]
F1 sistem tulisan telah membawa kepada sistem pendidikan.
F2 bertujuan untuk melahirkan jurutulis
F3 urusan pentdbiran dan perniagaan dapat direkodkan oleh juru tulis
F4 melalui perdagangan semua urusan jual beli dapat ditulis dalam resit, nota dan surat kredit
F5 sistem tulisan melahirkan tradisi kesusasteraan
F6 seperti epik Gilgamesh merupakan hasil kesusasteraan yang tertua di dunia
F7 epik ini mengandungi falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia

3-Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan kepentingan tulisan pada masa itu? [10M]
F1 merangsang kepada perkembangan pendidikan
F2 merekodkan semua urusan pentadbiran
F3 melancarkan aktiviti pertanian, kutipan cukai dan upacara keagamaan
F4 memudahkan amalan ritual kepercayaan
F5 menyertakan resit, nota dan surat kredit dalam urusan perniagaan
F6 melahirkan tradisi kesusasteraan seperti epik Gilgamesh yang mengandungi falsafah dan cara hidup masyarakat Mesopotamia
F7 merakamkan sejarah kegemilangan dan keagungan sesebuah tamadun
F8 menjadi sumber sejarah yang amat berharga
F9 menilik nasib seperti tulisan ideogram
F10 menulis titah perintah raja dan undang-undang seperti kod undang-undang Hammurabi
F11 mengasaskan ilmu pengetahuan seperti geometri, matematik, sains, astronomi dan perubatan

Sabtu, 4 Jun 2011

Sebab Masyarakat Arab Quraisy Menentang Islam

Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011, Tingkatan Empat, Terengganu

Patung/berhala antara kepercayaan awal masyarakat Quraisy.

1-Nyatakan Sebab Masyarakat Arab Quraisy Menentang Ajaran Islam. [5m]
F1 perbezaan dari segi kepercayaan
F2 perbezaan dari segi amalan
C2a ajaran Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah sedangkan orang Arab Quraisy berasaskan kepercayaan tradisi mereka/sembah berhala/animisme
F3 menentang prinsip sama taraf sesama manusia
F4 orang Arab Jahiliah mewujudkan perbezaan darjat
F5 Arab Quraisy menolak persaudaraan Islam
C5a Arab Quraisy mengamalkan konsep assabiah bertentangan dengan konsep persaudaraan Islam
F6 tidak mahu meninggalkan amalan dan akhlak yang keji
F7 Arab Quraisy mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas nabi
F8 mereka beranggapan jika menerima Islam, mereka terpaksa tunduk kepada kepimpinan nabi
F9 penyebaran Islam juga dikatakan akan menggugatkan pengaruh dan kedudukan keluarga Arab Quraisy yang lain
F10 ajaran Islam akan menjejas amalan pengukir berhala/peniaga patung berhala

2-Bagaimanakah masyarakat Arab Quraisy menentang dakwah Islamiah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ? [5m]
F1 penyair Arab Quraisy sering mengejek ajaran Islam melalui puisi
F2 tuduhan/tohmahan
F3 memujuk Nabi Muhammad s.a.w. agar meninggalkan ajaran Islam
C3a menawarkan kedudukan
C3b menawarkan harta
C3c menawarakn wanita
F4 melakukan pemulauan
C4a Arab Quraisy menulis pemulauan itu dan menggantungkannya di Kaabah
C4b mereka memulau dengan cara tidak menjalankan aktiviti jual beli dengan keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
F5 mereka tidak memberi sebarang bentuk pertolongan kepada keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
F6 mereka tidak berkahwin dengan anggota keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
F7 ancaman membunuh

3-Pada pendapat anda, apakah iktibar yang boleh diambil daripada penentangan orang Quraisy Makkah terhadap pengikut Nabi Muhammad s.a.w. ? [5m]
F1 pentingnya mempunyai pemimpin yang berwibawa
F2 perlu mengukuhkan perpaduan/bersatupadu
F3 tabah menghadapi cabaran
F4 mempunyai startegi yang berkesan
F5 sanggup berkorban
F6 memupuk sikap kerjasama
F7 tingkatkan keilmuan/meningkatkan ilmu pengetahuan
F8 meningkatkan keimanan

Jumaat, 3 Jun 2011

Sebab Islam Diterima

Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011, Tingkatan 4, 2011

Kanak-kanak menghafal al-Quran.

Mengapakah sebahagian masyarakat Arab mudah menerima Islam. [5m]
F1 tertarik dengan ajaran Islam
F2 layanan yang sama kepada semua manusia
F3 yakin dengan agama Islam
F4 kemurnian ajarannya
F5 kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah
C5a Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah secara lemah lembut dan berhikmah
F6 Nabi Muhammad s.a.w. tidak memaksa orang memeluk Islam
F7 Nabi Muhammad s.a.w. memujuk menggunakan akal
F8 membandingkan ahklak orang Arab Jahiliah dengan akhlak yang disarankan Islam
F9 Nabi Muhammad s.a.w. juga membaca ayat al-Quran untuk menjawab pertanyaan
F10 memberi penerangan
F11 menunjukkan teladan yan baik

Peperiksaan Awam Dalam Tamadun China

Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011, Tingkatan 4, Terengganu

Maharani China.

Jelaskan Ciri-Ciri Peperiksaan Awam Dalam Tamadun China.[7m]
F1 mengandungi tiga tahap
F2 tahap pertama/Hsiu Tai
F3 tahap kedua/Chun-Jen
F4 tahap ketiga/Chin-Ship
F5 tahap pertama setaraf ijazah pertama
F6 tahap kedua setaraf dengan sarjana
F7 tahap ketiga setaraf doktor falsafah
F8 peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah
F9 peperiksaan tahap kedua di ibu kota daerah
F10 tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana/di hadapan maharaja
F11 lulus tahap pertama berpeluang menjadi pegawai kerajaan
F12 lulus tahap ketiga layak menjadi pendidik
F13 peperiksaan tahap pertama diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun
F14 peperiksaan tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali
F15 sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia
F16 peperiksaan ini dikendalikan dengan ketat
F17 mereka yang didapati meniru dikenakan hukuman mati
F18 pemeriksa dikurung sebelum tiba hari peperiksaan
F19 calon akan ditempatkan dalam bilik dengan disediakan makanan
F20 calon dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan

Rabu, 1 Jun 2011

Perkembangan Sistem Pendidikan Vernakular

Soalan TOV 2011, Tingkatan 5, Terengganu

Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Jelaskan perkembangan sistem pendidikan vernakular yang wujud semasa penjajahan British di Tanah Melayu. [9m]
F1 British menubuhkan sekolah vernakular Melayu di Negeri-Negeri Selat
F2 sekolah Melayu pertama terletak di Teluk Belanga, Singapura
F3 sekolah Melayu seterusnya didirikan di Seberang Prai
F4 di Perak sekolah Melayu didirikan di Kuala Kangsar/Batu Gajah
F5 sekolah Melayu untuk murid perempuan dibina di Negeri-Negeri Selat
F6 sekolah Melayu yang ditubuhkan hanya di peringkat sekolah rendah
F7 kurikulumnya terbatas
F8 bersesuaian dengan cita-cita British menjadikan anak Melayu sebagai petani yang lebih baik daripada bapanya
F9 Maktab Perguruan Sltan Idris (MPSI) ditubuhkan di Tanjung Malim, Perak
F10 bertujuan melatih guru sekolah Melayu
F11 menjadi satu-satunya institusi lanjutan sekolah rendah bagi anak-anak Melayu
F12 Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan
F13 khusus untuk golongan elit Melayu
F14 pendidikan Tamil disediakan oleh pihak British di kawasan bandar
F15 pengurusan ladang getah membiayai sekolah Tamil di kawasan ladang
F16 berorientasikan sistem pendidikan India
F17 menggunakan sukatan pelajaran/buku/tenaga pengajar dari India
F18 menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar
F19 sekolah Cina dibiayai oleh saudagar Cina
F20 contohnya Sekolah Chung Hwa/Sekolah Cina Yuk Chai di Kuala Pilah
F21 mengguankan dialek masing-masing sebagai bahasa pengantar
F22 guru/buku/sukatan pelajaran datang dari China
F23 British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah
F24 tujuan menyekat pengaruh komunis di sekolah Cina
F25 segala aktiviti sekolah Cina dikawal oleh kerajaan British

Ciri-Ciri Masyarakat Berbilang Kaum di Tanah Melayu

Soalan TOV 2011, Tingkatan 5, Terengganu

Ladang getah antara sumber ekonomi awal dalam kalangan kaum India di Tanah Melayu.

1-Nyatakan ciri-ciri masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu. [6m]
F1 petempatan masyarakat berbeza mengikut kaum
F2 orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar
F3 orang Cina tinggal di kawasan bandar
F4 orang India tinggal di kawasan estet/ladang getah
F5 pekerjaan rakyat berbeza mengikut kaum
F6 orang Melayu bertani/menjadi petani
F7 buruh dari India kebanyakannya penoreh getah
F8 buruh dari China berniaga/bekerja di lombong
F9 bahasa pertuturan yang digunakan dalam kehidupan sosial berbeza
F10 tidak terdapat kesepaduan/interaksi antara kaum secara meluas
F11 menyulitkan proses perpaduan nasional
F12 melahirkan sistem pendidikan vernakular/pendidikan menggunakan bahasa ibunda masing-masing
F13 berpegang kepada kepercayaan/agama yang berbeza
F14 tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup berasingan

2-Pada pandangan anda, mengapakah perpaduan kaum yang kukuh sangat penting di negara kita ? [5m]
F1 politik menjadi stabil
F2 kerjasama dalam bidang politik semakin kukuh
F3 rakyat hidup dalam keadaan harmoni
F4 pembangunan akan berjalan dengan lancar
F5 muncul sikap toleransi antara kaum
F6 muncul semangat kerjasama antara kaum
F7 mengkukuhkan semangat saling hormat-menghormati antara kaum
F8 imej negara akan meningkat
F9 keamanan negara akan kekal berpanjangan

Ciri-Ciri Adat Perpatih di Negeri Sembilan

Soalan TOV 2011, Tingkatan 5, Terengganu


Sebuah buku yang membincangkan adat perpatih secara khusus.

1-Jelaskan ciri-ciri Adat Perpatih dalam masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. [7m]
F1 diguna pakai oleh orang Melay Minangkabau di Negeri Sembilan dan Naning
F2 musyawarah meruapakan asas bagi pentadbiran dan penyelesaian masalah
F3 musyawarah dihadiri oleh perwakilan semua suku
F4 di Negeri Sembilan terdapat 12 suku
F5 contohnya Anak Acheh/Anak Melaka/Batu Belang/Batu Hampar/Biduanda/Mungkal/Paya Kumah/Seri Lemak/Seri Melenggang/Tanah Datar/Tiga Batu/Tiga Nenek
F6 setiap suku dianggap sebuah keluarga yang besar
F7 ahli setiap suku tidak dibenarkan berkahwin sesama suku
F8 setiap suku mempunyai ketua adat yang dikenali sebagai Lembaga
F9 dari segi pemilihan, anak buah memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang, Undang Memilih Yamtuan/Yang Dipertuan Besar
F10 diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang
F11 berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera, Indonesia
F12 bersifat Matrilineal (keibuan)
F13 nasab keturunan mengutamakan jurai keturunan ibu
F14 anak erempuan diberi hak mewarisi harta

2-Pada pendapat anda, apakah peranan adat dalam masyarakat Melayu tradisional ? [5m]
F1 menjamin keselamatan
F2 mengawal perlakuan masyarakat
F3 menentukan hak pewarisan harta
F4 menentukan bidang tugas
F5 mewujudkan masyarakat yang bersistem dan berorganisasi
F6 merapatkan tali persaudaraan
F7 mewujudkan perpaduan masyarakat
F8 mewujudkan sifat tolong-menolong/bekerjasama/toleransi

Perubahan Pentadbiran di Indonesia

Soalan TOV 2011, Tingkatan 5, Terengganu

Peta Indonesia.

Berikan dua perubahan pentadbiran yang dilakukan oleh kuasa Barat dalam sistem pemerintahan tradisioal tempatan di Indonesia.
F1 Belanda/penjajah membahagikan pentadbiran kepada dua
F2 terdapat pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan
F3 pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
F4 pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda
F5 pejajah juga menubuhkan jabatan-jabatan baru
F6 terdapat juga Dewan Tempatan bertindak sebagai penasihat pentadbiran Belanda
F7 penubuhan Volksraad yang merupakan Majlis Rakyat

Perubahan Pentadbiran di Filipina

Peperiksaan TOV 2011, Tingkatan 5, Terengganu

Peta Filipina.

Nyatakan dua perubahan pentadbiran yang dilakukan oleh penjajah di Filipina.
F1 Sepanyol/penjajah memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat
F2 Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi peringkat pusat
F3 pentadbiran wilayah diketuai Ketua Datuk Bandar
F4 pentadbiran bandar diketuai Gabenor Kecil
F5 pentadbiran pada peringkat tempatan dilaksanakan di bawah sistem Encomienda yang diketuai oleh Encomiendaro
F6 daerah-daerah kecil/barangay digabungkan/disatukan

Sistem Birokrasi Barat di Asia Tenggara

Peperiksaan TOV 2011, Tingkatan 5, Terengganu


Peta Asia Tenggara.

Senaraikan ciri-ciri umum sistem Birokrasi Barat yang diperkenalkan di Asia Tenggara.
F1 penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan
F2 perlantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan
F3 pelaksanaan pentadbiran melalui biro/jabatan
F4 perlantikan pegawai Barat sebagai Ketua Biro
F5 pengenalan undang-undang Barat

Perjanjian Tordesillas

Peperiksaan TOV 2011, Tingkatan 5, Terengganu

Peta negara Portugal.

Apakah kepentingan Perjanjian Tordesillas ?
F1 mengelakkan persengketaan/persaingan antara Portugal dan Sepanyol dalam aktiviti penerokaan dan penjelajahan
F2 menetapkan kawasan pengaruh Portugal dan Sepanyol

Penerokaan dan Penjelajahan

Peperiksaan TOV 2011, Tingkatan 5, Terengganu

1-Namakan dua negara Eropah yang melakukan aktiviti penerokaan dan penjelajahan pada abad ke-16.
F1 Sepanyol
F2 Portugal
F3 England
F4 Belanda
F5 Perancis

Ratu Isabella.

2-Nyatakan tiga faktor yang mendorong kgiatan penerokaan dan penjelajahan orang Eropah ke Timur.
F1 kejayaan sains dan teknologi pada Zaman Renaissance
F2 penguasaan Istanbul oleh Turki pada tahun 1453
F3 keberanian dan optimistik masyarakat Eropah
F4 semangat inkuiri
F5 desakan ekonomi/ingin mendapatkan emas/sutera/rempah ratus
F6 galakan pemerintah/Raja Sepanyol/Raja Portugal/Ratu Isabella/Ferdinand Aragon/Putera Henry
F7 desakan agama/ingin menyebarkan agama Kristian
F8 galakan monarki baru di England/Perancis/Belanda
F9 desakan politik/persaingan/imej
F10 pertembungan dengan tamadun Islam
F11 perkembangan ilmu pengetahuan geografi/astronomi
F12 semangat kebangsaan bangsa
F13 slogan gold, glory dan gospel