SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Sabtu, 4 Jun 2011

Sebab Masyarakat Arab Quraisy Menentang Islam

Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011, Tingkatan Empat, Terengganu

Patung/berhala antara kepercayaan awal masyarakat Quraisy.

1-Nyatakan Sebab Masyarakat Arab Quraisy Menentang Ajaran Islam. [5m]
F1 perbezaan dari segi kepercayaan
F2 perbezaan dari segi amalan
C2a ajaran Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah sedangkan orang Arab Quraisy berasaskan kepercayaan tradisi mereka/sembah berhala/animisme
F3 menentang prinsip sama taraf sesama manusia
F4 orang Arab Jahiliah mewujudkan perbezaan darjat
F5 Arab Quraisy menolak persaudaraan Islam
C5a Arab Quraisy mengamalkan konsep assabiah bertentangan dengan konsep persaudaraan Islam
F6 tidak mahu meninggalkan amalan dan akhlak yang keji
F7 Arab Quraisy mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas nabi
F8 mereka beranggapan jika menerima Islam, mereka terpaksa tunduk kepada kepimpinan nabi
F9 penyebaran Islam juga dikatakan akan menggugatkan pengaruh dan kedudukan keluarga Arab Quraisy yang lain
F10 ajaran Islam akan menjejas amalan pengukir berhala/peniaga patung berhala

2-Bagaimanakah masyarakat Arab Quraisy menentang dakwah Islamiah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ? [5m]
F1 penyair Arab Quraisy sering mengejek ajaran Islam melalui puisi
F2 tuduhan/tohmahan
F3 memujuk Nabi Muhammad s.a.w. agar meninggalkan ajaran Islam
C3a menawarkan kedudukan
C3b menawarkan harta
C3c menawarakn wanita
F4 melakukan pemulauan
C4a Arab Quraisy menulis pemulauan itu dan menggantungkannya di Kaabah
C4b mereka memulau dengan cara tidak menjalankan aktiviti jual beli dengan keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
F5 mereka tidak memberi sebarang bentuk pertolongan kepada keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
F6 mereka tidak berkahwin dengan anggota keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
F7 ancaman membunuh

3-Pada pendapat anda, apakah iktibar yang boleh diambil daripada penentangan orang Quraisy Makkah terhadap pengikut Nabi Muhammad s.a.w. ? [5m]
F1 pentingnya mempunyai pemimpin yang berwibawa
F2 perlu mengukuhkan perpaduan/bersatupadu
F3 tabah menghadapi cabaran
F4 mempunyai startegi yang berkesan
F5 sanggup berkorban
F6 memupuk sikap kerjasama
F7 tingkatkan keilmuan/meningkatkan ilmu pengetahuan
F8 meningkatkan keimanan

7 ulasan:

Unknown berkata...

huraikan perkembangan sistem tulisan dalam tamadun mesir purba ? (8M)

Unknown berkata...

sangat menarik ! ♥

Unknown berkata...

sangat menarik ! ♥

Unknown berkata...

sangat menarik ! ♥

Unknown berkata...

Gpo nih nk esei bukan point

Unknown berkata...

Thanks sangat membantu 😄

Unknown berkata...

Mengapakah orng arab ajiliah tidk terima ajaran rasulluwah