SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Jumaat, 29 Julai 2011

Cara Penyebaran Islam di Asia Tenggara


Terangkan empat cara penyebaran agama Islam di Asia Tenggara. [8m]
F1 perdagangan
H1a pedagang Arab, India dan China menyebarkan dakwah Islamiah ke Asia Tenggara
F2 perkahwinan
H2a berlaku antara ulama Islam dari India dan Semenanjung Tanah Arab dengan penduduk tempatan
F3 pengislaman golongan raja dan bangsawan
H3a apabila raja memeluk Islam, rakyat akan mengikuti
F4 kelahiran kerajaan Islam
H4a Kesultanan Perlak ialah kesultanan Islam yang pertama di Asia Tenggara

Nyatakan persetujuan para sejarawan tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara ? [6m]
F1 kedatangan Islam dibawa oleh pedagang
F2 mereka terdiri daripada pedagang Arab, China dan India
F3 mereka menyebarkan Islam semasa menjalankan perniagaan
F4 penyebaran Islam peringkat awal terhad di pelabuhan sahaja
F5 penyebaran Islam terhad dalam kalangan pedagang sahaja
F6 penyebaran Islam yang seterusnya disebarkan oleh para ulama

Tiada ulasan: