SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Jumaat, 29 Julai 2011

Teori Kedatangan Islam


Jelaskan teori dan bukti kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Arab. [7m]
F1 dikemukakan oleh John Crawford dan Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas
F2 catatan China menunjukkan orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perdagangan di Canton
F3 pedagang Arab singgah di pelabuhan utama Asia Tenggara semasa menunggu perubahan angin monsun
F4 pedagang Arab membina perkampungan sebagai tempat mengumpul barangan
F5 pedagang Arab berkahwin dengan wanita tempatan
F6 perkataan Arab yang terdapat dalam tulisan Jawi diambil daripada bahasa Arab
F7 muzik Melayu seperti dabus mempunyai pengaruh Arab

Apakah bukti yang menunjukkan Islam datang dari China ? [5m]
F1 Canton menjadi pusat perniagaan yang terkenal dalam kalangan pedagang Arab
F2 penemuan Batu Bersurat di Terengganu membuktikan Islam datang dari China
F3 pedagang China yang beragama Islam telah berdagang di Asia Tenggara dan menyebarkan agama Islam di Asia Tenggara
F4 terdapat persamaan unsur seni bina pada bumbung masjid dan pagoda China
F5 pada 876 Masihi ramai pedagang Islam dari Canton berpindah ke Asia Tenggara

Apakah bukti yang menunjukkan Islam datang dari India ? [5m]
F1 Islam datang dari wilayah Gujerat dan Pantai Koromandel sejak abad ke-13
F2 pedagang India Islam menyebarkan Islam ke rantau Asia Tenggara
F3 Gujerat ialah pelabuhan penting semasa pemerintahan Alaudin Khilji di India
F4 batu nisan Malik al-Salih di Pasai mempunyai ciri buatan India
F5 batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa mempunyai ciri buatan India

Tiada ulasan: