SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Isnin, 8 Ogos 2011

Pentadbiran Belanda di Indonesia

Karya penulis terkenal Indonesia, Pramoedya Ananta Toer yang merakamkan kekejaman penjajahan Belanda di Pulau Jawa.

Jelaskan ciri-ciri sistem pemerintahan di Indonesia sebelum dikuasai oleh Belanda.
F1 terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan
F2 kerajaan tersebut dikuasai oleh Raja
F3 Raja dibantu oleh pembesar
F4 pentadbiran peringkat tempatan diketuai oleh pembesar daerah (Bupati)

Nyatakan perubahan politik yang diperkenalkan oleh Belanda dalam sistem pemerintahan tradisional tempatan di Indonesia.
F1 pentadbiran terbahagi kepada dua
F2 pentadbiran pusat
F3 pentadbiran tempatan
F4 pentadbiran pusat diketuai Gabenor Jeneral
F5 pentadbiran tempatan dikendalikan pembesar tempatan
F6 penubuhan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian
F7 penubuhan Dewan Tempatan sebagai penasihat pentadbiran Belanda
F8 penubuhan Volksraad sebagai Majlis Rakyat
F9 dianggap sebagai langkah ke arah kemerdekaan
F10 penubuhannya hasil desakan Sarekat Islam

Tiada ulasan: