SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Jumaat, 30 September 2011

Persekutuan Tanah Melayu 1948

R.O. Winstedt.

Senaraikan rakyat British yang menyokong pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
F1 Frank Swettenham
F2 R.O. Winstedt
F3 Cecil Clementi
F4 Malcom MacDonald
F5 Edward Gent

Persekutuan Tanah Melayu 1948

Gambar sekumpulan orang Melayu yang menentang Malayan Union.

Nyatakan faktor yang mendorong British membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 bagi menggantikan Malayan Union.
F1 ketegasan orang Melayu pimpinan Dato' Onn membantah Malayan Union
F2 perpaduan orang Melayu daripada semua golongan dapat mengatasi mereka yang menyokong Malayan Union
F3 sokongan bekas pegawai British
F4 sokongan dari pegawai tinggi British
F5 sikap polotik orang Melayu yang sederhana/mereka tidak menentang secara kekerasan
F6 mereka tidak mengangkat senjata Parti Komunis Malaya
F7 UMNO tidak menuntut kemerdekaan/hanya menuntut rundingan menolak Malayan Union
F8 Piagam Atlantik 1945 yang tidak menggalakkan penjajahan baru
F9 British bimbang orang Melayu akan dipengaruhi oleh gerakan politik Indonesia yang radikal

Khamis, 29 September 2011

Pilihan Raya

Pilihan raya 1955.

Apakah maksud pilihan raya ?
F1 pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada di peringkat negeri atau persekutuan
F2 pemilihan dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur
F3 pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan
F4 calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang

Badan Perundangan

Badan perundangan mengandungi tiga komponen seperti di atas.

Apakah yang dimaksudkan dengan Badan Perundangan ?
F1 merujuk kepada Parlimen
F2 terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewana Negara dan Dewan Rakyat
F3 berfungsi menggubal undang-undang

Raja Berperlembagaan

Malaysia sebuah negara yang mempraktikkan konsep raja berperlembagaan.

Apakah maksud Raja Berperlembagaan ?
F1 bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia

Rabu, 28 September 2011

Revolusi Perindustrian

Penggunaan mesin adalah sebahagian ciri dalam revolusi perindustrian.

Apakah maksud Revolusi Perindustrian ?
F1 pengeluaran barang yang dihasilkan secara besar-besaran
F2 pengeluaran melebihi paras keperluan pengusaha
F3 dihasilkan dengan perantaraan mesin
F4 hasil keluaran dikomersialkan

Gerakan Reformation

Martin Luther antara tokoh yang terlibat dengan gerakan reformation.

Apakah maksud reformation ?
F1 berasal daripada perkataan reform
F2 bermaksud melakukan pembaharuan ke arah yang lebih baik
F3 melakukan pembaharuan dalam agama Kristain

Isnin, 26 September 2011

Jemaah Menteri di Kelantan

Jata negeri Kelantan.

Terangkan perubahan yang dilakukan oleh Sultan Muhammad II terhadap struktur pentadbiran Kelantan sejak 1842.
F1 memperkemaskan Sistem Jemaah Menteri yang diperkenalkan oleh Sultan Muhammad I
H1a baginda membentuk lapan Jemaah Menerti
H1b setiap Jemaah Menteri diketuai oleh seorang kerabat diraja
H1c setiap Jemaah Menteri dianggotai oleh empat orang pembesar
H1d setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas masing-masing

F2 Sultan Muhammad II menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat dalam perebutan kuasa
H2a baginda menggantikan kerabat diraja dengan golongan pembesar
H2b baginda memberikan gelaran Nik dan Wan kepada pembesar

F3 golongan pembesar mengukuhkan kewibawaan Sultan Muhammad II
H3a mereka memberi kesetiaan kepada baginda

Tamadun Hwang Ho

Taat setia pembesar dapat membantu kestabilan Dinasti Chou.

Nyatakan langkah yang dilaksanakan oleh raja Dinasti Chou untuk memastikan pembesar memberikan taat setia.
F1 memberikan hadiah kepada pembesar
F2 mengarahkan pembesar melafazkan ikrar taat setia kepada raja
F3 mengarahkan pembesar melindungi raja
F4 meminta pembesar menyediakan tentera pada masa perang
F5 melantik pembesar menjadi ketua keagamaan di wilayah
F6 memberi hak kepada pembesar menjalankan upacara pengorbanan

Zaman Renaissance

Ilmu kartografi (pemetaan) antara ilmu yang berkembang semasa Zaman Renaissance.

Terangkan kesan Zaman Renaissance ke atas masyarakat Eropah.
F1 kemunculan monarki baru yang mempunyai kuasa yang kukuh
F2 wujud kerajaan pusat yang kuat/kesatuan kebangsaan
F3 pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat
F4 kuasa gereja/golongan bangsawan bertambah kurang
F5 kegiatan ekonomi sara diri kian pupus
F6 sistem perdagangan tempatan/antarabangsa semakin berkembang
F7 kegiatan penjelajahan dan penerokaan berkembang
F8 kemajuan dalam bidang matematik/geografi/kartografi/astronomi
F9 perkembangan pelbagai ilmu sains seperti Biologi/Fizik/Kimia/Perubatan
F10 melahirkan manusia yang menggunakan sepenuhnya keupayaan minda/manusia Renaissance
F11 lebih bersedia menzahirkan emosi/perasaan mereka dalam bidang muzik/lukisan/ukiran
F12 terdapat budaya yang menyuburkan keyakinan diri
F13 pendidikan menekankan pemikiran logik/saintifik/falsafah/metafizik
F14 pendidikan menekankan tanggungjawab sosial seseorang dalam masyarakat
F15 menekankan ciri-ciri inkuiri/keobjektifan/eksperimen
F16 lahir aliran pemikiran Individualisme
F17 lahir aliran pemikiran Humanisme
F18 lahir tokoh-tokoh pemikir ilmu seperti Niccolo Machiavelli/Giovanni Bocaccio/Leonardo da Vinci/Michelangelo/Thomas More/Francis Bacon/William Shakepeare

Zaman Renaissance

Niccolo Machiavelli antara tokoh yang hidup pada Zaman Renaissance.

Apakah kesan Zaman Renaissance ?
F1 kekurangan kuasa gereja
F2 perkembangan teknologi percetakan
F3 perubahan gaya hidup rakyat
F4 kewujudan kerajaan pusat
F5 kuasa golongan bangsawan berkurangan
F6 perkembangan geografi
F7 perkembangan matematik

Ahad, 25 September 2011

Novel Ishak Haji Muhammad

"Anak Mat Lela Gila" antara karya Ishak Haji Muhammad.

Nyatakan tema semangat kebangsaan yang dibangkitkan dalam novel-novel karya Ishak Haji Muhammad.
F1 semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan
F2 menghargai warisan bangsa sendiri
F3 mencintai tanah air
F4 menolak kesenangan demi maruah bangsa
F5 semangat wira pemuda tempatan dalam menjaga maruah keluarga
F6 berasa bangga dengan kebolehan sendiri
F7 seorang gadis tempatan yang menolak cinta pegawai penjajah kerana tidak mahu menjatuhkan maruah bangsa

Jumaat, 23 September 2011

Tamadun Yunani

Karikatur era Yunani.

Jelaskan sistem pemerintahan dan pentadbiran di Yunani sebelum sistem demokrasi diamalkan.
F1 monarki/beraja
F2 raja dibantu oleh konsul
F3 raja sebagai ketua hakim/ketua tentera/ketua agama
F4 konsul menjadi kuat dan peranan raja merosot
F5 lahir sistem raja yang dipilih tetapi kuasa terhad
F6 pemerintahan beberapa orang konsul melahirkan oligarki
F7 lahir golongan aristokrat yang kuat dan memiliki kuasa yang besar dinamakan sistem aristokrasi
F8 berlaku tidak puas hati rakyat dan mereka menuntut hak
F9 berlaku rampasan kuasa
F10 lahirlah pemerintahan tirani oleh diktator
F11 diktator terdiri daripada golongan kaya/tentera
F12 akhirnya mereka ditentang oleh aristokrat dan lahir demokrasi

Gerakan Islah

Sebuah buku yang mengupas perjuangan Dr. Burhanuddin al-Helmy.

Senaraikan tokoh yang mengasaskan Gerakan Islah.
F1 Sheikh Tahir Jalaludin
F2 Syed Syeikh al-Hadi
F3 Dr. Burhanuddin al-Helmy

Jelaskan perjuangan Gerakan Islah.
F1mendorong orang Melayu membetulkan pandangan terhadap Islam
F2 menyampaikan idea/menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
F3 menggesa ekonomi Melayu dimajukan
F4 menggesa pendidikan/sosial Melayu dimajukan
F5 menggesa politik Melayu dimajukan
F6 menyematkan sikap kritik penjajah dalam kalangan orang Islam
F7 mengkritik raja/pembesar Melayu yang tidak berperanan memajukan orang Melayu
F8 menubuhkan madrasah
F9 menjalankan pendidikan Islam meliputi dunia dan akhirat
F10 menjalankan pendidikan fardu ain
F11 menjalankan pendidikan Ilmu Hisab
F12 menjalankan pendidikan Bahasa Inggeris
F13 memberi peluang pelajar perempuan mendapatkan pendidikan

Nyatakan cabaran yang dihadapi oleh gerakan ini.
F1 ditentang oleh Kaum Tua
F2 dapat bergerak dengan baik di Negeri-Negeri Selat sahaja
F3 dihalang pengaruhnya di negeri-negeri lain/undang-undang dikeluarkan
F4 kegiatan dakwah Islam dilarang sekiranya tanpa kebenaran sultan
F5 risalah/buku Kaum Muda tidak dibenarkan dibawa masuk ke negeri-negeri lain

Khamis, 22 September 2011

Kaum Muda

Sebuah buku tentang pergerakan Kaum Muda.

Jelaskan peranan Kaum Muda dalam meniupkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
F1 Kaum Muda menyampaikan idea mereka
F2 menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
F3 Kaum Muda membuat gesaan untuk memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu
F4 golongan ini berusaha menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Islam
F5 mereka turut mengkritik raja-raja Melayu yang tidak berperanan penting dalam memajukan orang Melayu
F6 juga mengkritik pembesar-pembesar Melayu yang tidak berperanan penting dalam memajukan orang Melayu
F7 Kaum Muda menubuhkan beberapa buah madrasah
F8 madrasah ini menjalankan sistem pendidikan Islam meliputi pendidikan dunia dan akhirat
F9 madrasah ini memberi peluang kepada pelajar perempuan untuk mendapatkan pendidikan

Dewan Rakyat

Di bangunan Parlimen inilah terdapatnya Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Nyatakan ciri-ciri Dewan Rakyat.
F1 merupakan dewan terpenting
F2 ahli dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya
F3 mengandungi 219 ahli
F4 mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara
F5 tempoh perkhidmatan selama 5 tahun
F6 tugas utamanya menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat

Dewan Negara

Setiap ahli Dewan Negara perlu mengangkat sumpah sebelum menjalankan tugasnya.

Nyatakan ciri-ciri Dewan Negara.
F1 juga dikenali sebagai Senat
F2 merupakan dewan tertinggi
F3 mengandungi seramai 69 ahli
F4 ahlinya digelar Senator
F5 mewakili setiap negeri
F6 dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya
F7 memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun dalam satu penggal
F8 mesti berumur sekurang-kurangnya 30 tahun
F9 tarafnya sama dengan Ahli Parlimen
F10 boleh dilantik menjadi ahli Jemmah Menteri
F11 keahlian dalam Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
F12 ahlinya telah memberi sumbangan yang cemerlang dalam perkhidmatan awam/bidang profesional/perniagaan/perusahaan/pertanian/kesenian/kebajikan/mewakili sesuatu kumpulan minoriti
F13 26 ahli dipilih daripada 13 buah negeri
F14 dua orang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mewakili Wilayah Persekutuan
F15 40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dari kalangan yang cemerlang dalam bidang profesional

Tamadun Indus

Ilmu Matematik menyumbang kepada pembinaan bandar terancang masyarakat Indus.

Apakan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh masyarakat Indus bagi membolehkan mereka membina bandar terancang ?
F1 ilmu geometri
F2 kesenian
F3 matematik
F4 teknologi pembakaran batu bata

Berdasarkan pengetahuan Sejarah anda, apakah faktor yang membolehkan masyarakat Indus membina bandar terancang ?
F1 mempunyai ilmu pengetahuan tentang geometri
F2 kemampuan meningkatkan mutu bahan binaan
F3 melakukan teknologi pembakaran batu bata
F4 memiliki ilmu kesenian
F5 memiliki ilmu matematik
F6 pengetahuan daripada perhubungan luas dengan Mesopotamia dan Mesir
F7 sifat keterbukaan masyarakat Indus

Rabu, 21 September 2011

Akta Tanah Simpanan Melayu

Tokoh-tokoh di atas merupakan ahli yang menduduki Majlis Mesyuarat Persekutuan 1913.

Apakah yang anda faham tentang Akta Tanah Simpanan Melayu ?
F1 akta ini telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan pada tahun 1913
F2 British mendakwa peraturan ini adalah untuk menjamin kelangsungan masa depan ekonomi/sosial/politik orang Melayu
F3 akta ini bertujuan mengelak tanah orang Melayu berpindah kepada orang asing
F4 melalui akta ini, Residen berkuasa mengisytiharkan mana-mana kawasan tanah milik orang Melayu sebagai Tanah Simpanan Melayu
F5 akta ini sebenarnya melindungi kepentingan ekonomi penjajah British
F6 akta ini juga melarang orang Melayu daripada menanam sebarang tanaman komersial di kawasan Tanah Simpanan Melayu
F7 kebanyakan kawasan yang diisytiharkan sebagai Tanah Simpanan Melayu juga tidak subur
F8 jika adapun kawasan yang subur, keluasannya kecil

Selasa, 20 September 2011

Pakatan Murni

Tan Cheng Lock antara yang dikaitkan dengan Pakatan Murni.

Apakah maksud Pakatan Murni ?
F1 usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan
F2 merupakan jalan penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum

Zaman Renaissance

Peta Itali (kawasan berwarna hijau gelap).

Apakah faktor yang mencetuskan Renaissance di Itali ?
F1 kedudukan Itali yang strategik
F2 di kelilingi oleh Laut Mediterranean
F3 di persimpangan utama dan pusat perdagangan antarabangsa
F4 banyak bandar pelabuhan muncul di Itali
F5 contohnya Venice, Genoa, Florence, Rom dan Milan
F6 muncul bandar pusat perdagangan antarabangsa
F7 Itali menjadi pusat pertembungan budaya/bahasa dan agama
F8 Itali menjadi pusat perkembangan idea
F9 muncul ramai pedagang kaya di Itali
F10 pedagang ini menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar
F11 pedagang kaya menjadi penaung/patron kepada cendekiawan
F12 contohnya, keluarga Medici di Florence
F13 golongan patron ini berusaha menarik cendekiawan dan seniman terbaik ke bandar masing-masing
F14 para seniman dan cendekiawan sering berkunjung dari bandar ke bandar
F15 cendekiawan membantu menyebarkan idea Renaissance
F16 Paus di Rom juga menjadi penaung kepada seniman

Ahad, 18 September 2011

Zaman Renaissance

Galileo Galilei

Sebutkan tokoh Renaissance yang muncul di Itali.
F1 Leonardo da Vinci
F2 Raphael
F3 Michelangelo
F4 Niccolo Machiavelli
F5 Galileo Galilei
F6 Giovanni Bocaccio
F7 Franesco Petrarch

Zaman Renaissance

Cara pemakaian golongan wanita Zaman Renaissance.

Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Renaissance.
F1 Renaissance berasal dari perkataan Itali"renisciment"
F2 membawa maksud kelahiran semula
F3 istilah ini merujuk kepada penghargaan semula ilmu yang dihasilkan oleh cendikawan Yunani dan Rom
F4 kegemilangan tamadun Yunani dan Rom yang tenggelam pada Zaman Gelap telah dikembangkan semula pada Zaman Renaissance
F5 Renaissance menonjolkan keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan masalah/humanisme

Sabtu, 17 September 2011

Percukaian Kerajaan Melaka

Sungai Melaka.

Nyatakan tentang aktiviti percukaian yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
F1 pedagang yang berniaga di Melaka wajib membayar cukai terhadap barang dagangan sebelum memulakan perniagaan
F2 cukai paling asas ialah cukai tetap/cukai import yang telah ditetapkan oleh pemerintah
F3 pedagang India/Ceylon/Tanah Arab/Siam/Pegu dikenakan cukai enam peratus dari jumlah barang dibawa
F4 pedagang Jepun dan China dikehendaki membayar cukai lima peratus
F5 terdapat barangan dikecualikan cukai iaitu beras/makanan
F6 setelah cukai dibayar, urusan jual beli dapat dilaksanakan di bazaar sepanjang Sungai Melaka
F7 orang asing yang menetap di Melaka dikenakan cukai
F8 orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan Cukai Raja sebanyak tiga peratus
F9 orang asing lain dikenakan Cukai Raja sebanyak enam peratus

Perdagangan Kerajaan Melaka

Kesan perdagangan di Melaka mungkin ada pertalian dengan kapal ini.

Sebutkan faktor yang mempengaruhi perkembangan perdagangan kerajaan Melaka.
F1 kedudukan Melaka yang srategik iaitu di tengah-tengah perjalanan di antara Timur dan Barat
F2 peranan Selat Melaka
F3 terlindung daripada angin monsun
F4 pelbagai kemudahan disediakan menyebabkan pentadbiran dan kegiatan perdagangan berjalan dengan lancar
F5 pentadbiran yang cekap dan terbuka iaitu pegawai-pegawai dilantik seperti laksamana dan syahbandar
F6 sistem sukatan dan timbangan yang sistematik diperkenalkan
F7 sistem tukar barang dan kaedah jual beli dijalankan dalam urusan perdagangan
F8 Undang-Undang Laut Melaka digubal untuk melicinkan pentadbiran di pelabuhan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

ICT memudahan perkara-perkara yang sulit.

Terangkan tentang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
F1 merupakan peralatan teknologi baru
C1a seperti komputer/internet

F2 teknologi komunikasi berkembang
C2a contohnya telefon mudah alih/telefon bimbit

F3 kos pengangkutan yang semakin murah
H3a merupakan faktor pemangkin hubungan sesama manusia/antara negara dengan negara yang lain

F4 inovasi teknologi ini membawa perubahan yang luas dalam masa yang singkat

F5 ICT merujuk kepada kaedah/peralatan yang membolehkan proses komunikasi berlaku
H5a dengan pantas/mudah/berkesan tanpa mengira sempadan

F6 kerajaan perlu menyediakan prasarana ICT
H6a kerajaan melancarkan projek Koridor Raya Multimedia/KLIA/KLCC

F7 kerajaan menjalankan usaha mempromosikan penggunaan ICT
H7a melalui media elektronik/media cetak/kempen

Globalisasi

Globalisasi akan mempengaruhi pelbagai bidang kehidupan manusia.

Terangkan tentang globalisasi.
F1 perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan
H1a disebabkan kepesatan/kepantasan perkembangan teknologi maklumat
H1b menyeberangi sempadan dalam masa yang singkat
C1a meliputi segala aspek penting dari segi ekonomi/sosial/baranagn/modal/tenaga manusia/kemahiran/nilai

F2 perubahan yang meliputi skop luas ini dihubungkan dengan kemajuan teknologi/teknologi maklumat/komunikasi

F3 terdapat dua pandangan tentang globalisai
H3a globalisasi merupakan sesuatu yang berfaedah
H3b globalisasi kunci kepada pembangunan ekonomi dunia pada masa depan
H3c globalisasi dilihat sebagai sesuatu yang akan meningkatkan jurang perbezaan
C3c sama ada di dalam negara/antara bandar dengan luar bandar/antara negara di dunia/negara maju dengan negara membangun
H3d globalisasi menyekat peluang pekerjaan
H3e globalisasi merendahkan taraf hidup
H3f globalisasi menghindarkan perkembangan sosial

Jata Negara, Bendera Kebangsaan, Lagu Negaraku

Jata Negara.

Apakah cogan kata yang terdapat pada Jata Negara kita ?
F1 Bersatu Bertambah Mutu

Mengapakah kita patut mengibarkan bendera kebangsaan ?
F1 menimbulkan rasa bangga terhadap negara
F2 tanda ketaatan kepada raja dan negara
F3 kita menjadi lebih patriotik
F4 kita menjadi lebih bersemangat
F5 simbol perpaduan
F6 simbol kedaulatan
F7 tanda adanya majlis dan adat istiadat rasmi
F8 membangkitkan semangat perjuangan

Nyatakan mesej yang terdapat dalam lirik lagu Negaraku.
F1 menggambarkan kesetiaan rakyat kepada tanah air
F2 menuntut supaya kita bersyukur
F3 menuntut supaya kita taat setia kepada negara
F4 sanggup berkorban demi mempertahankan negara
F5 menuntut supaya kita hidup bersatu padu
F6 membangkitkan semangat patirotik
F7 membangkitkan perasaan cintakan tanah air

Mengapakah lambang-lambang negara perlu diwujudkan ?
F1 menunjukkan kesetiaan
F2 membangkitkan semangat perjuangan
F3 menunjukkan kesanggupan untuk berkorban
F4 menunjukkan kecintaan terhadap tanah air
F5 supaya rakyat sentiasa bersemangat
F6 supaya rakyat bersatu padu
F7 sanggup mempertahankan kedaulatan negara
F8 menjadi lambang kemegahan rakyat

Akhbar Sebelum Perang Dunia Kedua

Sebuah buku yang membincangkan tentang akhbar di negara kita.

Namakan akhbar yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua.
F1 Warta Malaya
F2 Lembaga Malaya
F3 Majlis
F4 Utusan Melayu
F5 Warta Negara
F6 Fajar Sarawak

Senaraikan isu ekonomi yang sering dibangkitkan oleh akhbar-akhbar yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua.
F1 menggalakkan syarikat bekerjasama
F2 meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana boleh mengancam ekonomi orang Melayu
F3 menggalakkan perniagaan dalam kalangan orang Melayu
F4 melarang orang Melayu daripada menjual tanah mereka
F5 menyeru orang Melayu
F6 meminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur

Apakah isu berkaitan golongan wanita yang sering dibangkitkan oleh akhbar dan majalah.
F1 menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
F2 menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri
F3 menggalakkan perpaduan dalam kalangan guru perempuan Melayu Johor
F4 mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur
F5 menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa

Jumaat, 16 September 2011

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

Tunku Abdul Rahman.

Jelaskan sumbangan dan faedah yang diperoleh Malaysia dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
F1 Tunku Abdul Rahman diberikan penghormatan menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama
F2 Malaysia menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq
F3 memberikan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel
F4 menjadi tuan rumah Persidangan OIC tahun 1974 dan 2003
F5 menganjurkan persidangan menentang pengganas
F6 tawaran biasiswa diberikan kepada pelajar anggota OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
F7 Malaysia mengesyorkan penggunaan dinar emas dalam kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi lain
F8 Malaysia mendapat faedah berupa pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam
F9 memberi bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan UIAM
F10 Malaysia mendapat penghormatan kerana serius memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam

Negara-Negara Selatan

Negara-Negara Selatan juga dikenali sebagai Negara-Negara Dunia Ketiga.

Nyatakan matlamat penubuhan Negara-Negara Selatan.
F1 mengatasi harga eksport bahan mentah
F2 meningkatkan kerjasama ekonomi
F3 meningkatkan kerjasama teknikal
F4 tidak mahu bergantung kepada negara-negara maju

Jelaskan ciri-ciri persamaan yang terdapat dalam kalangan Negara-Negara Selatan.
F1 persamaan dari segi latar belakang ekonomi
F2 pernah dijajah oleh kuasa Barat
F3 bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah
F4 tidak mempunyai kepakaran
F5 tiada modal untuk memproses bahan mentah menjadi barang siap
F6 pergantungan membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil
F7 kawalan terhadap harga bahan mentah oleh negara maju
F8 penggenaan kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan

Pengaruh Hindu dan Buddha di Asia Tenggara

Angkor Wat melambangkan orde kosmos pemerintahan Raja Suryavarman II.

Nyatakan pengaruh Hindu Buddha dalam pemerintahan dan pentadbiran di Asia Tenggara.
F1 pemerintah menggunakan gelaran raja
H1a dipengaruhi sistem beraja di India

F2 raja beraja di puncak pemerintahan
H2a di bawahnya terdapat kerabat diraja/diikuti pembesar/ahli agama iaitu Brahmin
H2b kemudiannya terdapat rakyat daripada pelbagai golongan
H2c kedudukan paling bawah ialah hamba

F3 raja berkuasa mutlak
H3a dalam semua aspek pemerintahan/hubungan luar/ketenteraan/khazanah negara

F4 perintah raja menjadi undang-undang
H4a perintah wajib dilaksanakan
H4b sesiapa yang melanggar perintah raja dianggap menderhaka
H4c tidak akan diampun
H4d raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
H4e rakyat takut untuk menderhaka kepada raja walaupun raja tidak berlaku adil

F5 raja dianggap bayangan tuhan
H5a lahirlah konsep dewa-raja

F6 raja tuhan atau dewa raja dipercayai memiliki kesaktian
H6a lahirlah mitos dan lagenda
C6a contohnya tentang asal-usul raja bagi memperkuatkan kedudukan dan status raja

F7 bagi mengukuhkan kedudukan, diwujudkan pelbagai adat istiadat
C7a contohnya adat pertabalan raja
H7a upacara ini diketuai oleh Brahmin

F8 setiap raja ingin menjadi raja terulung/raja yang berkuasa terhadap seluruh alam semesta
H8a raja membina kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta/orde kosmos
C8a contohnya Raja Suryavarman II yang membina Angkor Wat

Tamadun Indus

Karikatur berkaitan kepercayaan Hindu.

Jelaskan organisasi sosial yang terdapat dalam masyarakat Indus.
F1 terbahagi kepada dua golongan
F2 golongan atasan dan bawahan
F3 golongan atasan terdiri daripada pendeta/pedagang
F4 kelas atasan utama terdiri daripada pendeta
F5 pemerintahan diterajui oleh pendeta
F6 pendeta berkuasa untuk mengawal aktiviti masyarakat/kegiatan keagamaan
F7 golongan bawahan memberi taat setia kepada golongan pendeta
F8 golongan bawahan terdiri daripada petani/buruh
F9 petani menjalankan aktiviti pertanian
F10 sebahagian hasil pertanian diserahkan kepada pihak berkuasa
F11 golongan buruh menjalankan kerja-kerja buruh
F12 menjaga kebersihan bandar/membina tembok/benteng/terusan
F13 golongan paling bawah ialah golongan hamba

Khamis, 15 September 2011

Tamadun Indus

Contoh bandar terancang dalam tamadun Indus.

Nyatakan ciri-ciri bandar terancang dalam tamadun Indus.
F1 bandar dikelilingi oleh tembok
F2 bandar ini terbahagi kepada dua bahagian
F3 bahagian utama ialah pusat pentadbiran/keagamaan
F4 menempatkan bangunan pentadbiran/tempat mandi awam/pembersihan/tempat menyimpan hasil pertanian
F5 bahagian kedua ialah kawasan perumahan
F6 bandar dirancang dengan rapi/susun atur yang sistematik
F7 perancangan bandar dibantu dengan kemajuan ilmu geometri/pembinaan
F8 perancangan bandar adalah sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba
F9 bandar disusun berasaskan blok berbentuk empat segi
F10 setiap blok dipisahkan oleh jalan raya yang lurus
F11 jalan raya bersambung antara satu sama lain
F12 mempunya sistem kumbahan yang terancang
F13 setiap rumah mempunyai bilik mandi/tandas
F14 air kumbahan disalir keluar ke longkang yang mengalir keluar di bawah jalan
F15 longkang tidak ditutup terus untuk kerja pembersihan
F16 bahan buangan dihantar ke pusat pembuangan di luar bandar
F17 bandar dihubungkan oleh sungai sebagai jalan perhubungan

Tamadun Hwang Ho

Shang-ti (Tuhan Syurga).

Berikan ciri keagamaan dan kepercayaan tamadun Hwang Ho.
F1 kepercayaan animisme
F2 kepercayaan politeisme/banyak tuhan
F3 penyembahan roh nenek moyang
F4 menyembah Tuhan Syurga (Shang-ti)/Tuhan Bumi (tu)
F5 penyembahan terhadap sungai/bukit/gunung
F6 upacara penyembahan melibatkan permainan muzik/tarian/upacara korban
F7 upacara penyembahan diketuai oleh golongan bomoh
F8 fungsi tulang oracle untuk meramalkan sesuatu keadaan
F9 golongan bomoh terlibat dalam upacara penilikan ini dengan meletakkan tulang ini atas unggun api
F10 rekahan pada tulang ditafsirkan dengan sesuatu kejadian
F11 percaya kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan
F12 percaya kepada dewa Shang-ti
F13 mempercayai satu kuasa agung yang dikenali sebagai Tien
F14 mempercayai konsep Yin dan Yang
F15 mempercayai konsep Feng Shui

Nyatakan sumbangan tamadun Hwang Ho dalam aspek ekonomi.
F1 pembinaan sistem pengairan
F2 terusan dibina untuk mengairi kawasan pertanian/untuk menggelakkan banjir
F3 kemajuan teknologi pembajakan
F4 mengawal aliran Hwang Ho agar tidak memudaratkan pertanian
F5 penciptaan cangkul
F6 penciptaan sabit
F7 penggunaan batas untuk tujuan tanaman
F8 perubahan secara evolusi penggunaan alat pertanian daripada kayu kepada besi

Rabu, 14 September 2011

Memartabatkan Bahasa Melayu

Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nyatakan langkah-langkah yang telah dilaksanakan bagi memartabatkan Bahasa Melayu.
F1 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
F2 termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
F3 Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan
F4 pelancaran "Minggu Bahasa" bagi menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu
F5 pelancaran "Bulan Bahasa" bagi menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu
F6 pelancaran slogan "Bahasa Jiwa Bangsa"
F7 penubuhan sekolah menenagh yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
F8 Sekolah Alam Shah/Sekolah Sri Putri/Sekolah Sultan Abdul Halim
F9 meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan
F10 bahasa pengantar di sekolah rendah iaitu Bahasa Inggeris ditukar kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat
F11 penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia
F12 Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
F13 membuktikan Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu
F14 tahun 1982, Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah menggantikan Bahasa Inggeris
F15 penggunaan Bahasa Melayu di mahkamah pada tahun 1990

Pendidikan Tidak Formal Dalam Masyarakat Tradisional

Cerita "Anjing Dengan Bayang-Bayang" antara cerita bintang yang lazim digunakan untuk mendidik anak-anak supaya tidak bersikap tamak.

Jelaskan ciri-ciri pendidikan tidak formal dalam masyarakat Melayu Tradisional.
F1 pendidikan awal/asuhan yang berlaku dalam institusi keluarga
F2 penekanan terhadap pengajaran nilai-nilai murni
F3 pembelajaran melalui pendenagarn/penglihatan/pemerhatian
F4 kakak-kanak memperoleh kemahiran daripada ibu bapa menerusi pemerhatian/latihan
F5 dalam bidang pertanian/perikanan/kraf tangan/pertukangan
F6 ibu bapa mengajar mengenai agama/kelakuan/adat resam/sikap bersopan-santun/cara berkawan/menjaga maruah
F7 nilai murni diserapkan melalui cerita lisan
F8 kaedah bercerita paling berkesan/digemari kanak-kanak
F9 cerita berbentuk teladan/pengajaran selalunya diberi penekanan
F10 melalui cerita binatang/cerita jenaka
F11 "Cerita Anjing Dengan Bayang-Bayang" memberi pengajaran supaya jangan tamak
F12 "Cerita-Cerita Sang Kancil" menekankan kebijaksanaan dapat menyelesaikan masalah
F13 kanak-kanak mempelajari pantang-larang/adat istiadat melalui pergaulan sosial
F14 kanak-kanak dinasihatkan tunduk/menghulurkan tangan apabila lalu di hadapan orang
F15 pendidikan melalui peribahasa
F16 pepatah "siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri"
F17 mengajar anak-anak berkelakuan baik/jangan berbohong
F18 pendidikan melalui teka-teki
F19 pendidikan melalui pantun

Cadangan-Cadangan Ke Arah Pembentukan Malaysia

David Marshall (lelaki British dengan batang paip) dan Tunku Abdul Rahman (bersongkok).

Jelaskan cadangan-cadangan ke arah pembentukan Malaysia.
F1 Lord Brassey/Pengarah Syarikat Borneo Utara
F2 mencadangkan Sabah, Sarawak, Negeri-Negeri Melayu dan Neger-Negeri Selat digabungkan
F3 Sir Malcolm MacDonald/Gabenor Jeneral Asia Tenggara
F4 mencadangkan Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan
F5 Dato' Onn (1956)
F6 mencadangkan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamakan Malaysia
F7 mencadangkan Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan
F8 cadangan daripada pemimpin-pemimpin Singapura seperti Lim Kuan Yew, David Marshall dan Lim Yew Hock
F9 mendesak British berunding dengan Tunku Abdul Rahman
F10 menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja
F11 tidak dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman
F12 bimbang berlaku ketidakseimbangan penduduk
F13 akhirnya, Tunku Abdul Rahman bersetuju dengan gagasan Malaysia
F14 mengumumkan cadangan gagasan Malaysia di Singapura/Hotel Adelphi
F15 menjamin kedudukan politik yang lebih kukuh

Undang-Undang Tanah Semasa Pentadbiran British

Antara bangunan pentadbiran yang digunakan oleh British di Selangor.

Jelaskan undang-undang tanah yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu.
F1 mempunyai rekod bertulis/bukti pemilikan terhadapnya
F2 untuk menjamin/mengesahkan pemilikan tanah
F3 memudahkan urusan pentadbiran
F4 urusan cukai/pajakan/sewa beli/penjualan/pembelian/cagaran
F5 memperkenalkan undang-undang tanah mengikut sistem Barat
F6 memudahkan kerja pentadbiran tanah/pembangunan ekonomi
F7 Peraturan Tanah Perak 1879/Kanun Tanah Selangor 1891/Peraturan Tanah Sungai Ujong 1887
F8 membahagikan tanah mengikut kegunaan/nilai komersial
F9 tanah ladang
F10 tanah peribumi
F11 tanah perlombongan
F12 kadar cukai bergantung kepada jenis tanah yang dimiliki/diusahakan
F13 individu/syarikat yang berminat untuk mengusahakan sesuatu kawasan mestilah membuat permohonan di Pejabat Tanah
F14 kebenaran daripada Pejabat Tanah diperlukan untuk mengutip sumber hutan
F15 seperti nipah/damar/rotan
F16 Residen negeri berkuasa menentukan jumlah kawasan konsesi tanah untuk diberikan kepada pemodal
F17 memperkenalkan Akta Tanah Simpanan Melayu
F18 diluluskan oleh Majlis Persekutuan
F19 untuk menjamin kelangsungan masa depan ekonomi/sosial/politik orang Melayu
F20 bertujuan mengelakkan tanah milik Melayu berpindah kepada orang asing
F21 Residen berkuasa mengisytiharkan tanah milik orang Melayu sebagai Tanah Simpanan Melayu
F22 menyelamatkan tanah tersebut daripada dijual/dipajak gadai/ditukar milik kepada orang bukan Melayu
F23 Tanah Simpanan Melayu sebenarnya melindungi kepentingan ekonomi pihak British
F24 orang Melayu tidak dibenarkan menanam tanaman komersial di kawasan Tanah Simpanan Melayu
F25 kebanyakan Tanah Simpanan Melayu tidak subur
F26 tidak sesuai digunakan untuk kegiatan ekonomi perladangan
F27 kawasan yang subur keluasannya terlalu kecil

Selasa, 13 September 2011

Sukan Untuk Perpaduan

Di Malaysia, sukan yang pelbagai disertai oleh kaum yang berlainan.

Jelaskan tentang sukan untuk perpaduan.
F1 berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi
F2 menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat
F3 penyertaan aktiviti sukan tidak terhad kepada kaum tertentu
F4 membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat
F5 di peringkat, sukan adalah aktiviti kokurikulum
F6 penubuhan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia/MSSM
F7 MSSM ditubuhkan di peringkat daerah/negeri/kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukan
F8 mengadakan temasyan Sukan Malaysia/SUKMA setiap dua tahun sekali pada peringkat awal
F9 kemudian, SUKMA mula diadakan setiap tahun
F10 SUKMA jelas memainkan peranan mengeratkan perpaduan antara kaum
F11 juga hubungan antara negeri
F12 aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pemain/penonton/penggiat sukan

Saidina Ali bin Abu Talib

Karya novel Islam berkaitan tokoh Saidina Ali bin Abu Talib.

Nyatakan latar belakang Saidina Ali bin Abu Talib.
F1 keturunan Bani Hasyim
F2 sepupu Nabi Muhammad s.a.w.
F3 memeluk Islam ketika berusia 10 tahun/kanak-kanak
F4 berani
F6 bersifat kepahlawanan
F7 berwatak tegas
F8 berpengetahuan luas dalam perundangan Islam
F9 mempunyai kepakaran dalam selok belok hukum
F10 cintakan kedamaian/keharmonian

Nyatakan bukti Khalifah Ali bin Abu Talib sentiasa berusaha mengekalkan kestabilan dan kehormanian negara.
F1 sentiasa berusaha mengekalkan kestabilan negara
F2 berusaha mengekalkan keharmonian negara
F3 sanggup menghentikan Perang Siffin walaupun hampir mencapai kemenangan
F4 sanggup berunding dengan pihak lawan yang ingin berdamai
F5 tidak mengabaikan pertahanan negara
F6 membina markas tentera di Parsi
F7 membina markas tentera di sempadan Syria
F8 meneruskan kutipan jizyah

Isnin, 12 September 2011

Batu Bersurat

Contoh batu bersurat.

Nyatakan maklumat pada batu bersurat yang terdapat di tapak-tapak sejarah awal di Asia Tenggara.
F1 maklumat tentang agama
F2 maklumat pemerintahan
F3 arahan/pemberitahuan/titah perintah raja
F4 undang-undang
F5 amaran raja kepada rakyat dan pembesar agar tidak menderhaka
F6 menjelaskan tentang keturuanan raja

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Islam sebahagian unsur di dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Jelaskan tentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
F1 lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan
F2 dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
F3 digubal untuk menjadi panduan dalam membentuk/mengekalkan identiti negara Malaysia
F4 bertujuan memperkukuhkan perpaduan melalui kebudayaan
F5 memupuk/memelihara keperibadian kebangsaan
F6 memperkaya/meningkatkan kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan dan kerohanian
F7 seimbang dengan pembangunan sosioekonomi
F8 terdapat tiga prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan
F9 kebudayaan rakyat asal/rantau Melayu sebagai tunjang
F10 unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima
F11 Islam sebagai unsur yang terpenting

Khalifah Uthman bin Affan

Peta Cyprus.

Nyatakan sifat keperibadian yang dimiliki oleh Khalifah Uthman bin Affan.
F1 hartawan yang dermawan
F2 bersifat lemah lembut
F3 bertolak ansur
F4 mempunyai sikap simpati yang tinggi terhadap golongan yang memerlukannya

Senaraikan sumbangan Khalifah Uthman bin Affan kepada kemajuan kerajaan Islam.
F1 meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan/Samarkand/Cyprus/Tripoli
F2 mengukuhkan pertahanan
F3 membina angkatan tentera laut pertama dalam sejarah Khulafa al-Rasyidin
F4 agama Islam tersebar luas
F5 menyelaraskan bacaan al-Quran/Mushaf Uthmani
F6 membina jalan raya
F7 membina jambatan
F8 membina rumah rehat bagi kemudahan pengembara
F9 berusaha meningkatkan ekonomi
F10 mengukuhkan peranan baitulmal
F11 menggunakan sumber baitulmal untuk membiayai pembangunan negara
F12 memperkuatkan tentera laut Islam
F13 membeli peralatan senjata/kapal
F14 jizyah yang dikenakan kepada penduduk bukan Islam dikekalkan

Ahad, 11 September 2011

Reaksi Sabah dan Sarawak Terhadap Pembentukan Malaysia

Pembentukan Malaysia melibatkan Sabah dan Sarawak.

Jelaskan reaksi Sabah dan Sarawak terhadap pembentukan Malaysia.
F1 reaksi awal menolak
F2 ingin kekal di bawah British
F3 parti SUPP bimbang Sabah dan Sarawak dikuasai oleh Persekutuan Tanah Melayu
F4 parti UNKO bimbang penguasaan orang Melayu
F5 parti BARJASA mahukan merdeka dahulu
F6 akhirnya, semua parti bersetuju kecuali parti SUPP

Reaksi Singapura Terhadap Pembentukan Malaysia

Lee Kuan Yew sewaktu muda beliau.

Jelaskan reaksi Singapura terhadap pembentukan Malaysia.
F1 parti PAP dan Lee Kuan Yew menyokong
F2 bimbang pengaruh parti Barisan Sosialis
F3 Barisan Sosialis menentang
F4 menganggap penjajahan baru
F5 menuntut pandangan rakyat
F6 referendum diadakan
F7 rakyat Singapura setuju menyertai Malaysia

Perang Dunia Pertama

Kereta kebal yang digunakan semasa Perang Dunia Pertama.

Nyatakan sebab-sebab berlaku Perang Dunia Pertama.
F1 nasionalisme yang kuat di Eropah
F2 persaingan meluaskan tanah jajahan
F3 persaingan meluaskan pengaruh
F4 persaingan dalam ekonomi
F5 mendapatkan bahan mentah
F6 mencari kawasan pasaran baru
F7 pembentukan sistem pakatan di Eropah

Jelaskan kesan-kesan Perang Dunia Pertama.
F1 Perjanjian Versailies ditandatangani
F2 peta Eropah berubah
F3 Liga Bangsa terbentuk
F4 inflasi berlaku
F5 masalah pengganguran
F6 hutang perang yang tinggi
F7 pemerintahan beraja ditamatkan

Pendidikan di Athens, Sparta dan Rom

Antara matlamat pendidikan di Sparta ialah melahirkan tentera yang terlatih.

Nyatakan tujuan pendidikan di Athens.
F1 mementingkan pendidikan mental
F2 mementingkan pendidikan rihani dan jasmani
F3 melahirkan golongan sejarawan dan ahli falsafah

Nyatakan tujuan pendidikan di Sparta.
F1 mementingkan latihan fizikal
F2 mementingkan kemahiran guna senjata
F3 melahirkan tentera yang gagah
F4 melahirkan warganegara yang setia

Apakah tujuan pendidikan di Rom ?
F1 menekankan ilmu yang pratikal
F2 semangat setia kepada Rom
F3 melahirkan jurutera
F4 melahirkan ahli falfasah dan sejarawan

Sabtu, 10 September 2011

Dasar Luar Malaysia

Dasar luar Malaysia tidak menerima fahaman komunisme.

Nyatakan faktor-faktor penggubalan dasar luar Malaysia.
F1 faktor sejarah
H1a Melaka pernah berdagang dengan China
H2a mengamalkan dasar pro-Barat dan anti komunis

F2 faktor ekonomi
H2a mengamalkan pasaran bebas

F3 faktor politik
H3a mengamalkan prinsip demokrasi berparlimen
H3b Malaysia berpegang kepada prinsip keamanan sejagat

Nasionalisme di Tanah Melayu

Kemaraan tentera Jepun menggunakan basikal.

Senaraikan faktor-faktor pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu.
F1 pengenalan sistem politik barat
F2 dasar pentadbiran British
F3 pendudukan Jepun yang kejam
F4 Gerakan Reformasi Islam, Mesir
F5 Gerakan Pan-Islamisme sedunia
F6 kesedaran politik di Asia Tenggara seperti di Indonesia
F7 penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM)
F8 perkembangan sistem pendidikan
F9 kemunculan mesin cetak