SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Selasa, 4 Oktober 2011

Kemasukan Buruh Dari China

Buruh Cina di Sarawak dibawa masuk semasa pentadbiran Charles Brooke.

Terangkan cara-cara kemasukan buruh dari China ke negara kita pada abad ke-19.
F1 sistem tiket kredit
H1a bakal imigran dikumpulkan dari kampung-kampung di China
H1b ketua dibayar wang bagi setiap imigran China yang dibawa
H1c bakal imigran dikenali sebagai sin kheh
H1d golongan imigran ini diletakkan di bawah pengawasan nahkoda kapal
H1e sin kheh perlu membuat perjanjian untuk menjelaskan hutang mereka
H1f mereka dibekalkan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang dituju
H1g sin kheh diambil oleh pemborong buruh yang menjadi orang tengah untuk mendapatkan majikan dengan bayaran tertentu

F2 sistem pengambilan kakitangan
H2a majikan yang memerlukan buruh menghantar pegawainya ke China
H2b segala tambang dibiayai oleh majikan
H2c pegawai yang dihantar bertanggungjawab mengiringi buruh-buruh hingga sampai ke tempat majikannya

F3 sistem pengambilan rumah kongsi
H3a pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sebuah rumah kongsi
H3b pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut
H3c buruh diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi
H3d pembawa buruh akan dibayar dengan kadar tertentu

F4 kemasukan secara berkumpulan
H4a dibawa masuk oleh Charles Brooke melalui syarikatnya
H4b kemasukan imigran China keturunan Foochow dibawa masuk secara berkumpulan
H4c imigran Foochow diperlukan untuk mengusahakan tanah
H4d serta membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam