SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Khamis, 13 Oktober 2011

Proses Pembandaran

Apakah maksud pembandaran ?
F1 pembandaran bermaksud perubahan daripada pekan kecil/kampung kepada sebuah bandar
F2 perubahan itu berlaku hasil pertambahan fungsi ekonominya

Foto hitam putih bandar Seremban, Negeri Sembilan.

Jelaskan faktor yang membantu proses pembandaran di Tanah Melayu.
F1 kekayaan sumber semulajadi
F2 faktor perlombongan mewujudkan bandar Kuala Lumpur/Taiping/Seremban
F3 kesan pertambahan penduduk
F4 terdapat pusat pentadbiran, perbankan, pusat kegiatan ekonomi
F5 terdapatnya kemudahan infrastruktur
F6 kedudukan yang strategik
F7 kemajuan dalam bidang perhubungan
F8 terdapatnya aktiviti pertanian komersial
F9 terdapatnya industri berasaskan bijih timah dan getah
F10 dasar penjajahan British membangunkan kawasan tertentu

Tiada ulasan: