SILALAH KLIK

TABUNGAN HARIAN

Selasa, 3 April 2012

Sistem Perundangan Zaman Dinasti Chin dan Dinasti Han

Han Fei Tzu.

Nyatakan ciri-ciri sistem perundangan yang diamalkan pada zaman Dinasti Chin dan Dinasti Han.
F1 sistem perundangan berteraskan dua prinsip utama
F2 hukuman berat
F3 bercorak kolektif
F4 teras undang-undang ini adalah daripada Falsafah Legalisme
F5 undang-undang ini diperkenalkan oleh ahli falsafah bernama Han Fei Tzu
F6 menurut falsafah ini, undang-undang tegas dapat mengawal tingkah laku manusia
F7 dalam melaksanakan undang-undang, belas kasihan tidak harus wujud
F8 penguatkuasaan undang-undang harus dipelihara dalam apa jua keadaan
F9 perlu untuk membendung tindakan manusia
F10 raja mesti memiliki kuasa yang utuh
F11 bertentangan dengan undang-undang berteraskan ajaran Confucius
F12 ajaran Confucius menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik
F13 raja menjaga keharmonian masyarakat

Suruhanjaya Reid

Sir Ivor Jennings.

Senaraikan tokoh yang menggangotai Suruhanjaya Reid.
F1 Lord Reid
F2 Sir Ivor Jennings
F3 Sir William McKell
F4 Tuan B. Malik
F5 Tuan Abdul Malik

Suruhanjaya Reid

Tanah Melayu yang merdeka pada 31 Ogos 1957 memerlukan sebuah perlembagaan.

Apakah tujuan pembentukan Suruhanjaya Reid ?
F1 membincangkan/mencadangkan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
F2 menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
F3 merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka

Jumaat, 6 Januari 2012

Tamadun Mengikut Pandangan Islam

Agama juga sebahagian daripada tamadun.

Jelaskan maksud tamadun menurut pandangan sarjana Islam.
F1 pembangunan lahiriah dan rohaniah
F2 pencapaian yang tinggi dalam tatasusila dan kebudayaan
F3 unsur rohaniah sangat penting dalam mengukur tamadun

Tamadun Mengikut Pandangan Barat

Budaya juga aspek yang dikaitkan dengan tamadun.

Jelaskan maksud tamadun menurut pandangan sarjana Barat.
F1 pembangunan lahiriah dalam hal berkaitan kebudayaan
F2 diukur berdasarkan pencapaian lahiriah
F3 unsur rohaniah tiada kaitan dalam mengukur tamadun

Maksud Tamadun

Kelahiran bandar adalah sebahagian aspek yang dapat dikaitkan dengan tamadun manusia.

Apakah maksud tamadun mengikut pengertian bahasa ?
F1 berasal daripada bahasa Arab iaitu mudun, madain dan madana
F2 bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar
F3 dalam bahasa Inggeris tamadun bermaksud civilization
F4 civilization berasal daripada perkataan Greek iaitu civitas
F5 bermaksud bandar
F6 tamadun boleh diertikan sebagai peradaban